Qada' (Bahasa Arab: قَضَاء, transl.: qaḍāʾ, Melayu: kehendak (Allah)) dan Qadar (Bahasa Arab: قدر, transl.: qadr, Melayu: keputusan; takdir) ialah takdir ketuhanan dalam Islam. Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Iman keenam. Iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.Ibnu
Hajar al-Asqalani berkata, “Mereka, yakni para ulama mengatakan,
‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan global sejak zaman
azali, sedangkan qadar adalah bagian-bagian dan perincian-perincian dari
ketentuan tersebut"
Hadith:-
Dari Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Jibrail a.s bertanya
kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda s.a.w
menjawab; Imam itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari
akirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan
adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan
neraka, Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku
sama ada baik atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian
adakah aku beriman? rasulullah s.a.w menjawab "jikalau kamu berbuat
sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith Musnad Ahmad
Sebagai seorang Islam, wajiblah Muslim Yakin bahawa segala apa yang kita hendak laksanakan tidak mampu untuk buat melainkan dengan adanya Izin Allah.
Seseorang hendak buat baik atua buruk perlukan Izin Allah. Ataupun apa
yang di rancangan Manusia hanya akan terlaksana jika di takdirkan Allah.
Ada takdir yang mana tidak sesuai dengan apa yang kita hendak ada
takdir yang selari dengan kehendak kita. Lahir di perut siapa ketrunan
apa dan sebaginya bukan sesuatu di atas pilihan kita. Ada takdir yang
selari dengan kehenadak kita seperti pilhan buat baik atau jahat. kita
berkehendak buat jahat kadang Allah izinkan dan kadang Allah tidak
Izinkan. sebab itu ia di Hisab sebab perbuatan itu atas pilihan kita dan
dengan Izin Allah sebab itu juga buat baik dapat pahala dan buat jahat
dapat dosa. Percakapan biasa dalam Bahasa Melayu "kita hanya merancangn
Tuhan yang tentukan". Namun yakini baik dan buruk dari Allah adalah Rukun Iman.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar